The-paculz

Blog Tempatnya Ilmu dan Pengetahuan

Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani RA.

  
Kelahiran
       As-Sayyid Muhammad Al-Hasani bin Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz, dilahirkan pada tahun 1365H atau 1946M, di kota suci Mekkah, dalam keluarga Al-Maliki Al-Hasani yang terkenal, keluarga Sayyid yang melahirkan ulama tradisi. Bapak beliau adalah seorang ulama paling berilmu di Mekkah yang merupakan guru pertama dan utama beliau, mengajar beliau secara peribadi di rumah dan juga di Masjidil Haram, di mana beliau menghafal Al-Quran sejak kecil. Beliau belajar dengan bapak beliau dan diizinkan untuk mengajar setiap kitab yang diajarkan kepada beliau.
     Keluarga Maliki merupakan salah satu keluarga yang paling dihormati di Makkah dan telah melahirkan alim ulama besar di Makkah, yang telah mengajar di Makkah sejak lama. Lima orang dari keturunan Sayyid Muhammad, telah menjadi Imam Mazhab Maliki di Haram Makkah. Datuk beliau, Al-Sayyid Abbas Al-Maliki, merupakan Mufti dan Qadhi Makkah dan khatib di Masjidil Haram. Beliau memegang jawatan ini ketika pemerintahan Uthmaniah serta Hashimiah, dan seterusnya terus memegang jawatan tersebut setelah Kerajaan Saudi diasaskan. Raja Abdul Aziz bin Sa’ud sangat menghormati beliau. Riwayat Hidup beliau boleh dirujuk pada kitab Nur An-Nibras fi Asanid Al-Jadd As-Sayyid Abbas oleh cucunya As-Sayyid Muhammad Al-Maliki.

Karakteristiknya
     Sayyid Alawi lembut dalam bergaul, ucapan-ucapannya segar, senda-guraunya manis. Teman duduknya tidak jemu dengan pembicaraannya. Dalam pelajaran atau dalam suatu majelis beliau pasti mempersembahkan faedah-faedah keilmuan atau sentilan humor sehingga orang tidak berada di dekatnya kecuali berkonsentrasi, dan tidak beranjak dari majelisnya kecuali tersenyum gembira.


Pendidikan Sheikh Muhammad 'Alawi Al-Maliki r.a.
     Beliau memulakan pendidikan awalnya di Madrasah Al-Falah dan Madrasah Tahfiz Al-Qur'an dan pengajian-pengajian tidak formal di dalam halaqah-halaqah pengajian ilmu di Masjid Al-Haram daripada ulama'-ulama' besar Makkah Al-Mukarramah.Seterusnya, beliau melanjutkan pengajiannya di India ketika usianya mencecah 20 tahun. Di sana, beliau tinggal bersama Sheikh Muhammad Ali Zainal di Bombay. Beliau juga sempat belajar di Pakistan dengan Mufti Pakistan pda ketika itu, iaitu Sheikh Muhammad Syafi'e dan sebagainya.
     Beliau juga pernah belajar di Libya. Di sana, beliau belajar di Ma'ahad Al-Azhari dan seterusnya menyambungkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar di Mesir. Kemudian, beliau terpaksa pulang semula ke Makkah Al-Mukarramah untuk menjaga ayahandanya yang tidak berapa sihat. Beliau seterusnya menyambung pengajiannya di Kuliah Syariah Universiti di Makkah. Namun, setelah tamat pengajian beliau di Makkah, beliau kembali menyambung pengajiannya di Al-Azhar di peringkat Master dan Ijazah Kedoktoran. Beliau akhirnya mendapat keputusan MUMTAZ (amat cemerlang). Tesis karangan beliau mendapat pujian daripada ulama'-ulama' besar Al-Azhar.

Ketinggian Peribadi Beliau dan Pengabdian Beliau kepada Allah S.W.T.
     Beliau merupakan seorang yang sangat zuhud dalam setiap aspek kehidupan. Beliau menolak keseronokan di dunia dan perhiasannya dan hidup dalam keadaan penuh tawadduk dan rendah diri. Beliau juga sentiasa berkhidmat kepada umat Islam yang memerlukan khidmatnya. Beliau pernah memohon untuk berundur diri dari jawatan pensyarah di Universiti Ummul Qura. Beliau juga sentiasa mengerjakan solat jema'ah dan solat tahajjud.

Ijazah-ijazah
      Sistem pengajian tradisi atau turath berasaskan kepada ijazah atau ‘keizinan untuk menyampaikan ilmu’. Bukan semua orang boleh mengajar. Hanya mereka yang memiliki ijazah yang diktiraf dari alim-ulama yang terkenal sahaja yang boleh mengajar. Setiap cabang pengetahuan dan setiap kitab Hadith, Fiqih, Tafsir dan lain-lain, mempunyai Sanad-sanad, atau rantaian riwayat yang bersambung sehingga kepada penyusun kitab tersebut sendiri melalui anak-anak muridnya dan seterusnya anak-anak murid mereka. Banyak sanad-sanad yang penting, seperti sanad Al-Qur’an, Hadith dan Tasawwuf, bersambung sehingga kepada Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam.
     Sayyid Muhammad mendapat penghormatan dengan menjadi Shaykh dengan bilangan ijazah terbanyak dalam waktunya. Beliau juga memiliki rantaian sanad terpendek atau terdekat dengan datuknya, Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam. Di Tanah Arab, tanah kelahirannya, dan dalam permusafiran ilmunya, As-Sayyid Muhammad mendapat lebih dari 200 ijazah dari alim-ulama teragung di zamannya, di setiap cabang ilmu Islam. Ijazah beliau sendiri, yang beliau berikan kepada murid-muridnya adalah antara yang paling berharga dan jarang di dunia, menghubungkan anak-anak muridnya dengan sejumlah besar para ulamak agung. Para Masyaikh yang memberikan As-Sayyid Muhammad ijazah-ijazah mereka merupakan ulamak besar dari seluruh dunia Islam.

Guru Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani
Makkah
  • Bapa beliau yang alim dan guru beliau yang pertama, As-Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki
  • Syekh Muhammad Yahya Aman al-Makki
  • Syekh al-Sayyid Muhammad al-Arabi al-Tabbani
  • Syekh Hasan Sa‘id al-Yamani
  • Syekh Hasan bin Muhammad al-Mashshat
  • Syekh Muhammad Nur Sayf
  • Syekh Muhammad Yasin al-Fadani
  • Al-Sayyid Muhammad Amin Kutbi
  • Al-Sayyid Ishaq bin Hashim ‘Azuz
  • Habib Hasan bin Muhammad Fad‘aq
  • Habib Abd-al-Qadir bin ‘Aydarus al-Bar
  • Shaykh Khalil Abd-al-Qadir Taybah
  • Shaykh Abd-Allah al-Lahji
Madinah
  • Syekh Hasan al-Sha‘ir, Shaykh al-Qurra of Madinah
  • Syekh Diya-al-Din Ahmad al-Qadiri
  • As Sayyid Ahmad Yasin al-Khiyari
  • Syekh Muhammad al-Mustafa al-Alawi al-Shinqiti
  • Syekh Ibrahim al-Khatani al-Bukhari
  • Syekh Abd-al-Ghafur al-Abbasi al-Naqshbandi
Mesir
  • Shaykh As-Sayyid Muhammad al-Hafiz al-Tijani, Imam Hadith di Mesir
  • Shaykh Hasanayn Muhammad Makhluf, Mufti Mesir
  • Shaykh Salih al-Ja‘fari, Imam Masjid Al-Azhar
  • Shaykh Amin Mahmud Khattab al-Subki
  • Shaykh Muhammad al-‘Aquri
  • Shaykh Hasan al-‘Adawi
  • Shaykh As-Sayyid Muhammad Abu-al-‘Uyun al-Khalwati
  • Shaykh Dr. Abd-al-Halim Mahmud, Syeihkul Azhar
Syria
  • Syekh Abu-al-Yasar ibn Abidin, Mufti Syria
  • Syekh As-Sayyid al-Sharif Muhammad al-Makki al-Kattani, Mufti Maliki
  • Syekh Muhammad As‘ad al-Abaji, Mufti Shafi‘i
  • Syekh As-Sayyid Muhammad Salih al-Farfur
  • Syekh Hasan Habannakah al-Maydani
  • Syekh Abd-al-Aziz ‘Uyun al-Sud al-Himsi
  • Syekh Muhammad Sa‘id al-Idlabi al-Rifa‘i
 
Hadramaut dan Yaman
  • Al Habib Umar bin Ahmad bin Sumayt, Imam Besar Hadramawt
  • Syekh As-Sayyid Muhammad Zabarah, Mufti Yaman
  • Syekh As-Sayyid Ibrahim bin Aqeel al-Ba-Alawi, Mufti Ta‘iz
  • Al Imam al-Sayyid Ali bin Abd-al-Rahman al-Habshi
  • Al Habib Alawi ibn Abd-Allah bin Shihab
  • As Sayyid Hasan bin Abd-al-Bari al-Ahdal
  • Syekh Fadhl bin Muhammad Ba-Fadhal
  • Al Habib Abd-Allah bin Alawi al-Attas
  • Al Habib Muhammad bin Salim bin Hafeez
  • Al Habib Ahmad Mashhur al-Haddad
  • Al Habib Abd-al-Qadir al-Saqqaf

Indonesia
  • Al-Habib Ali ibn Abdul Rahman Al-Habsyi
  • Al-Habib Ali ibn Husein Al-'Attos
  • Al-Habib Hamid ibn Muhammad Al-Sari
  • Al-Habib Sheikh ibn Salim Al-'Attos
  • Al-Habib Abdul Rahman ibn Abdullah Al-Habsyi Al-Falembani
Sudan
  • Shaykh Yusuf Hamad An-Nil
  • Shaykh Muddassir Ibrahim
  • Shaykh Ibrahim Abu-an-Nur
  • Shaykh At-Tayyib Abu-Qinayah 
Asia
  • Shaykh Abu-al-Wafa al-Afghani Al-Hanafi
  • Shaykh Abd-al-Mu‘id Khan Hyderabadi
  • Al-Imam Al’Arif Billah Mustafa Rida Khan al-Barelawi, Mufti India
  • Mufti Muhammad Shafi’ Al-Deobandi, Mufti Pakistan
  • Mawlana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi, Imam Hadith
  • Mawlana Zafar Ahmad Thanawi
  • Shaykh Al-Muhaddith Habib-al-Rahman Al-‘Azami
  • Sayyid Abu-al-Hasan Ali An-Nadawi
  • KH Abdullah Faqih
  • KH Maimun Zubair
  • KH Muhammad Martain Karim 
Afrika Utara (Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia
  • Shaykh As-Sayyid As-Sharif Abd-al-Kabir al-Saqali al-Mahi
  • Shaykh As-Sayyid Abd-Allah bin Al-Siddiq Al-Ghimari, Imam Hadith
  • Shaykh As-Sayyid Abd-al-Aziz bin Al-Siddiq al-Ghimari
  • As-Sharif Idris al-Sanusi, Raja Libya
  • Shaykh Muhammad At-Tahir ibn ‘Ashur, Imam Zaytunah, Tunis
  • Shaykh al-Tayyib Al-Muhaji al-Jaza’iri
  • Shaykh Al-Faruqi Al-Rahhali Al-Marrakashi
  • Shaykh As-Sayyid As-Sharif Muhammad al-Muntasir al-Kattani 
Wafat
      Beliau wafat pada hari Jumat, 15 Ramadhan 1425 H (bersesuaian dengan doanya untuk meninggal dunia pada bulan Ramadhan), dalam keadaan berpuasa di rumahnya di Makkah. Kematiannya amat mengejutkan. Ucapan takziah diucapkan dari seluruh dunia Islam. Solat jenazah beliau dilakukan di seluruh pelusuk dunia.
    Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Al-Haram, dan kemudiannya, jenazah beliau dikebumikan di Perkuburan Ma'la. Sepanjang perjalanan ke sana, kedengaran bacaan tahlil dan takbir dengan kuat mengiringi jenazah beliau di samping tangisan pecinta-pecinta beliau di atas pemergiannya. 
     
0 Komentar untuk "Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani RA."

Silahkan berkomentar dengan sopan dan bijak sesuai dengan tema artikel dan pastinya
NO SPAM NO SARA AND NO LIVE LINK ALLOWED... okk ;-)

 
Copyright © 2014 The-paculz - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info